NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????

Go down 
+4
aina kamil
Muhammad Amin
Muslimah Solehah
Hafidzi Muhamad
8 posters
AuthorMessage
Hafidzi Muhamad

Hafidzi Muhamad


Posts : 3
Join date : 29/11/2010
Age : 30

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyMon 13 Dec - 11:08

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."
Back to top Go down
Muslimah Solehah
BIASA
BIASA



Posts : 10
Join date : 12/12/2010
Age : 29

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyMon 13 Dec - 12:07

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
Back to top Go down
Muhammad Amin
BIASA
BIASA
Muhammad Amin


Posts : 18
Join date : 01/12/2010
Age : 29
Location : kelantan

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyMon 13 Dec - 12:34

Betul tu, Allah memang Maha Penyayang dn Adil...Bagus cara ustaz tu dlm mmberi nasiht, kalau bleh ana nk tau sapa nama ustaz tu???
Back to top Go down
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyMon 13 Dec - 13:04

Subhanallah...satu realiti yang boleh membuka mata...
Semoga kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain...
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
ahmad amin idris
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
ahmad amin idris


Posts : 97
Join date : 18/11/2010
Age : 30
Location : Kuala Lipis

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyMon 13 Dec - 14:07

kriteria daie yang dapat kita lihat di sini ialah uslub dakwah ustaz tersebut....
beliau menggunakan hujah yang logik untuk berdakwah kepda objek dakwah...
ermm...hakikatnya, kita perlu bersedia dengan hujah dan nas2 untuk menghadapi mad'u...
Back to top Go down
asri yussof
AKTIF
AKTIF
asri yussof


Posts : 39
Join date : 26/11/2010
Age : 29
Location : Pasir mas kelantan

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyWed 15 Dec - 9:54

kisah bnar di kelantan ker?
Back to top Go down
islam_devotees

islam_devotees


Posts : 4
Join date : 13/12/2010
Age : 30
Location : Marang, Terengganu

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyWed 15 Dec - 13:08

Best post... Very Happy
Back to top Go down
faiQ Aiman
PERMULAAN
PERMULAAN
faiQ Aiman


Posts : 6
Join date : 08/12/2010
Age : 29
Location : Seremban

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyWed 15 Dec - 16:14

sokong amin..
tp kalau ade ilmu takde skill..
xboleh juge kn~



Back to top Go down
http://khalifahbumituhan.blogspot.com/
ahmad amin idris
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
ahmad amin idris


Posts : 97
Join date : 18/11/2010
Age : 30
Location : Kuala Lipis

Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? EmptyThu 16 Dec - 9:53

yes...true... Ilmu perlulah digabung dengan uslub yang boleh menusuk hati daie di samping hubungan daie dengan Allah...barulah objek dakwah tidak menjauhkan diri dari daie...
Back to top Go down
Sponsored content





Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty
PostSubject: Re: Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????   Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka???? Empty

Back to top Go down
 
Kalau Tuhan Tu Maha Penyayang....Kenapa Buat Neraka????
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Luasnya Neraka Allah
» 9 Jenis Wanita Yang Ada Di Dalam Neraka
» Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: TAZKIRAH-
Jump to: