NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Tue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Tue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Tue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Thu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Fri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Wed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Mon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Fri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Thu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Fri 19 Nov - 22:48
Social bookmarking
Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Share | 
 

 Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nur syazwani
HAMPIR AKTIF
HAMPIR AKTIF


Posts : 29
Join date : 29/12/2010
Age : 22
Location : negeri sembilan

PostSubject: Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup   Sun 6 Feb - 12:46



Kebangkitan rakyat di Tunisia menyebabkan pemerintahan Zein al-Abidin bin Ali berakhir.
Rupanya tempoh puluhan tahun berkuasa bukannya disukai oleh rakyat, apa lagi kalau
penuh dengan kezaliman, penindasan, rasuah, pengumpulan harta untuk sendiri dan rakyat
dibiarkan melarat dalam segala segi. Semua yang sensitif dengan isu ini teruja-dalam dan
luarnegeri, ulama, cendekiawan dan ahli politiknya, termasuk penyanyi seperti Maher Zain
yang menukilkan kata-kata dari ahli puisi Tunisia:

When the peple want freedom

Then fate has to listen

The dark night has to come to an end

And the chains have to be broken

(Aboulkacem Al-Chabbi, Tunisian poet)




Revolusi rakyat di Tunisia merebak ke Mesir. Pelajar di Mesir yang begitu
ramai di sana bagaimana? Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun telah
memerintah Mesir begitu lama. Walaupun setiap kali pilihanraya
Presiden dibuat beliaulah yang menang, tetapi hakikatnya ia tidak
menggambarkan hasrat sebenar dan realiti rakyat.

Rakyat meluat dengan pemerintah yang hanya tahu menggunakan
kuasa untuk mengumpulkan kekayaan negara untuk diri dan
keluarga sendiri. Sabar rakyat ada hadnya. Air di empangan
walaupun kelihatan lemah mengalir tetapi apabila sampai
klimaksnya boleh memecahkan dinding empangan yang tebal itu.

Dikhabarkan keluarga Hosni Mubarak telah melarikan diri ke
London dengan jet peribadi dengan membawa
97 beg besar (big bag not big mama). Bila pemimpin negara jatuh
terbongkarlah segala aktiviti rasuah, penyelewengan dan harta peribadi
yang dikumpul sepanjang pemerintahan. Mereka bukan menjadi
negarawn tetapi lagak bangsawan yang meratah wang.

Petikan dari agensi berita lain (kalau benar):

“Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat
milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah
terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin turut bertiup
kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa
Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.

Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan
dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap
umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya,
Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.

Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir,
Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah
ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941″

Lihat! Kalau ini benar maka inilah sebesar pengkhianatan pemimpin
terhadap amanah memerintah negara. Sesiapa yang pernah pergi
ke Mesir boleh melihat bagaimana rakyat Mesir yang menjadi buruh kasar
membina bangunan itu kadang-kadang berdebu seluruh tubuhnya hanya kerana mencari rezeki secebis roti.

Presiden yang kononnya sentiasa menang dalam pilihanraya Presiden
itu menjadi ‘pewaris’ kepada Firaun dan Qarun. Pemimpin di dunia lain
termasuk bekas pemimpin dan pemimpin di Malaysia Timur dan Malaysia
Barat tidak mahu belajar apa-apa dari kebangkitan rakyat di Tunisia dan
Mesir itu? Atau masih selesa dengan sokongan rakyat dalam pilihanraya kecil seperti di Tenang itu?

Bekas PM seperti Pak Lah dan Dr M serta bekas menteri kabinet mungkin
boleh mengurut dada kerana ’selesai’ memerintah tetapi jangan lupa
catatan Malaikat Raqib dan Atid akan dibuka di Padang Mahsyar nanti.
Kalaupun tiada revolusi rakyat terhadap bekas PM yang berundur dengan
‘tenang’ tetapi ‘audit’ paling halus akan berlangsung dengan cara paling menakutkan di SANA.

Subhanallah! Benarlah Allah yang telah membiarkan Firaun itu diselamatkan
tubuhnya dan bersemadi dalam Muzium Firaun di Mesir.


Back to top Go down
View user profile http://zealouscrew.blogspot.com/
 
Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: Nadwah Kepemimpinan Islam :: BERITA SEMASA-
Jump to: