pertembungan antara 2 pihak,
menimbulkan isu berkepentingan masing2,
merasa berada di pihak yg benar mematikan diplomasi,
agama menjadi benteng utk bertahan sdang diri tidak diislah,
segala caci hamun dinyah menyebab ralat pd jemaah,
tidak diselidik dan difikir apatah lagi diubah,
mengganggap semuanya sebagai snjata jatuh menjatuh,
hakikatnya Islam di bahagian lain jemaah di bahagian lain,
mengambil sedikit untuk kepentingan meninggal sedikit untuk kepercayaan,
sungguh, bukanlah Islam dicipta sebegitu,
ISLAM ITU TINGGI,SYUMUL, SUCI...
maka AWAS, Jangan engkau mencemarinya...
Akan ku pertahankan...aq bersumpah...
Jangan kau pergunakan agamaku untuk tujuan itu,
Maka akan kau temui kegagalan selepas kegagalan,
Negara Islam tidak mampu dibentuk dengan umat beracun,
Disemai fikrah islam + racun benci dendam hamun,
Natijahnya, kau sendiri akan melaluinya,
Nabi tidak mengajar untk mencaci apatah lagi membenci,
Tapi nabi lebih menyukai kelembutan dalm ketegasan,
ADAKAH KAMU BEGITU??
Ya, kemaksiat dan mungkar perlu dicegah,
tapi jika disusuli penghinaan yg melampau dan fitnah yg menghasut,
Mampukah ia dicegah,
Sewajibnya, kau baliklah kepada SEBENAR-BENAR agama,
rujuklah SEPENUHNYA Alquran dan Hadis...
Janganlah kau pemimpinku bermusuhan,
Telah ku nampak bahananya...
Lambat laun KAMI akan mengikutmu yg BANYAK kebaikan zahir namun kosong batinnya..
Lambat laun yang muncul hanya pemberontak membabi buta yang kosong pemikiran,
Yang tercemar fikrahnya, yang terpesong niatnya, yang buta akan agamanya,
Yang tidak tahu erti pemberontakan yang sebenarnya...
Pemimpinku,
Ya, menegakkan hukum Allah wajib bagi setiap muslim...
WAJIB,
Namun kamu tidak lihat bagaimana Hassan al-Banna mengarang fikrahnya di setiap individu,
Fikrahnya suci,murni, islam, sempurna...
Natijahnya,
Lahir legasi yang menyambung perjuangannya yang Suci.
Tidak perlu aku berbicara tentang penyelewangan, korupsi dan penghalalan yang haram,
Kerana engkau maklum tentangnya dan SEDANG MENENTANGNYA,
Namun pendekatan engkau pemimpinku,
Sungguh sedih aq melihatmu dan sebak,
Bersuara lantang berpendirian teguh berjalan megah berpkaian sunnah,
Tidak ubah seperti pemimpin berkaliber beriman dan berwawasan,
Namun kau bukan sempurna dan TIDAK akan sempurna...
Jika aku salah kau tegurlah aku,
Jika engkau salah kami sedia menerima kesalahanmu,
Sekadar pandanganku terhadapmu,
Sekadar pembuka bicara ku pada masa ini,
Supaya aku bangkit menentang yang batil, yang hak dalam batil, yang batil dalam hak,
Wallahu'alam