NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS

Go down 
3 posters
AuthorMessage
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptySat 27 Nov - 22:02

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.
Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.
Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya,
tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya.

Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib.
Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.



Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing),
dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua).
Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab:
Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:
” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib
yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah.
Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.



Sifat malu yang sangat tinggi


Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting
– memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti.
Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan,
bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik.
Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.



Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka.
Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek,
tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik
binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu.
Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”
itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya.
Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.



Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok.
Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami
– Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini.
Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa.
Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?

Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka,
pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham.
Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?





Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Photogallery
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Re: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptySat 27 Nov - 22:07

Assalamualaikum...
Topik ini ana letak pada isu global @ masalah semasa kerana ia memang masalah semasa..
Don't get me wrong...=)

Alhamdulillah...ana kongsi kisah ini daripada note kwn ana dalam fb..
Harap dapat beri peringatan kepada kita terutama pada zaman yang penuh pancaroba...dn ujian ini

MALU SEPARUH DARIPADA IMAN...
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
harith
AKTIF
AKTIF
harith


Posts : 45
Join date : 26/11/2010
Age : 30
Location : kluang,johor

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Re: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptySat 27 Nov - 22:18

malu kene bertempat juga kan..surah ape ye kisah tentang anak nabi syua'ib???
Back to top Go down
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Re: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptySun 28 Nov - 10:13

try check this...
Al-Qasas ayat 23-25.

yes...Malu kena bertempat...
Tp,sekarang malu 2 dah mcm x ada...dkt tmpt public pn dh blh nmpk sekarang...
Mana silapnya?? kitalah yg memainkan peranan...
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
harith
AKTIF
AKTIF
harith


Posts : 45
Join date : 26/11/2010
Age : 30
Location : kluang,johor

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Re: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptySun 28 Nov - 13:48

kta sering mmprkatakan tntng dunia remja masa kini khas nya di Malaysia sudah teruk,,tp kita sring lupa tntng prckpan kita itu,,ana mksudkan,,kita perlu lakukan sesuatu!
kita kene jdi mcm pokok buah dtepi jalan yg apabila disepak trajang tp still mmberi buah..tp kita jgn jd sprti lalang di padang yg luas yg apabila angin meniup ke kanan,dan ia pun kekanan,apabila angin meniup ke kiri,ia pun kekiri..

jadi utk memprjuangkan apa yg wajib kta prjuangkan,kita prlu ada krjasama..
kita tntu tlh mlakukan plbagai cara dskolah dan asrama,,ttpi amalan mahmudah yg kita lkukan di situ tdk brkkalan,mksud ana,ianya hnya brlangsung di dlam kwasan Asrama dan skola shja,
bgaimana cara utk kita latih dri kita dan rkan2 kita utk mengamalkan prkara yg kita lkukan di asrama dn skola ini ke luar dr skola..ana mgajak dri ana dn rakan2 ana di NKI kebangsaan juga plajar2 smka yg lain utk kita mengamalkan sunnah rasulullah di luar sekolah,sprti mmakai kopiah/songkok/serban..kita ushakan bende ini..

ana ykin memang ada rsa malu dan segan..memang sesuai ana mmprktakan ini pd topik ini.malu dan segan perlu bertempat..ana stuju kata2 saudari aina kamil,smoga wanita2 dpt mengamalkan tudung yg labuh skurang-kurangnya.kerana itulah prkara wajib yg Allah tlah ttpkan di dalam surah An-Nur ayat31.utk lbih afdal wanita diluar lbih baik mengikut ajaran mazhab kita,mazhab imam as syafei..mengikut mazhab kita,wanita yg sdah baligh hndaklah memakai purdah..ana hrap semua wanita boleh mngamalkan prkara yg baek ini..kerana sekiranya kita lakukan yg trbaek,Allah memberi yg trbaek juga utk kita insyaallah...
wallahua'lam~

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS 1_585633658l1
Back to top Go down
yusra
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
yusra


Posts : 75
Join date : 01/12/2010
Age : 30
Location : kuantan

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Re: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS EmptyMon 13 Dec - 13:46

Ketika kita menyadari fitrah kita tercipta sebagai wanita, mahkluk terindah di dunia ini, kemudian Allah mengurniakan hidayah pada kita, maka inilah hal yang paling indah dalam hidup wanita. Namun sayang, majoriti dari kita—kaum wanita—yang tidak menyedari betapa berharganya diri mrk. Sehingga banyak dari kaum wanita merendahkan dirinya dengan menanggalkan rasa malu, sementara Allah telah menjadikan rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاء

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”

Sabda Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain,

الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَر

“Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lainpun akan terangkat.”

Begitu jelas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam memberikan teladan pada kita, bahwasanya rasa malu adalah identiti akhlak Islam. Bahkan rasa malu tak terlepas dari iman dan sebaliknya. Terkhusus bagi seorang muslimah, rasa malu adalah mahkota kemuliaan bagi dirinya. Rasa malu yang ada pada dirinya adalah hal yang membuat dirinya terhormat dan dimuliakan.

Namun sayang, di zaman ini rasa malu pada wanita telah pudar, sehingga hakikat penciptaan wanita yang seharusnya menjadi perhiasan dunia, menjadi tak lagi bermakna. Di zaman ini wanita hanya dijadikan objek kesenangan nafsu. Hal seperti ini krn perilaku wanita itu sendiri yang seringkali berbangga diri dengan mengatasnamakan emansipasi, mereka meninggalkan rasa malu untuk bersaing dengan kaum lelaki.

Allah telah menetapkan fitrah wanita dan lelaki itu berbeza. Tidak hanya secara fizik, tetapi juga dalam akal dan tingkah laku. Bahkan dalam Al Qur’an surat Al Baqarah ayat 228 yang artinya; ‘Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang sepatutnya’, Allah telah menetapkan hak bagi wanita sebagaimana mestinya. Tidak sekedar kewajiban yang dibebankan, namun hak wanita pun Allah sangat memperhatikan dengan menyesuaikan fitrah wanita itu sendiri. Sehingga ketika para wanita menyedari fitrahnya, maka dia akan faham bahwasanya rasa malu pun itu menjadi hak baginya. Setiap wanita, terlebih seorang muslimah, berhak menyandang rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.

Sayangnya, hanya sedikit wanita yang menyedari hal ini…

Di zaman ini justeru banyak wanita yang memilih mendapatkan mahkota ‘kehormatan’ dari konteks yang mengekspos kecantikan para wanita. Tidak hanya kecantikan wajah, tapi juga kecantikan tubuh didedahkanl demi sebuah mahkota ‘kehormatan’ yang terbuat dari emas permata. Hanya demi sebuah mahkota dari emas permata dan gelar ‘Miss Universe’ atau sejenisnya, mereka rela mendedahkan dirinya sekaligus menanggalkan rasa malu sebagai sebaik-baik mahkota di dirinya. Naudzubillah min dzaliik…

Apakah mereka tidak menyedari, kelak di hari tuanya ketika kecantikan fizik sudah memudar, atau bahkan ketika jasad telah menyatu dengan tanah, apakah yang boleh dibanggakan dari kecantikan itu? Ketika telah berada di alam kubur dan bertemu dengan malaikat yang akan bertanya tentang amal ibadah kita selama di dunia dengan penuh rasa malu karena telah menanggalkan mahkota kemuliaan yang hakiki semasa di dunia.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Di antara makna wanita yang berpakaian tetapi telanjang adalah wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang.

Dalam sebuah kisah, ‘Aisyah radhiyyallahu ‘anha pernah didatangi wanita-wanita dari Bani Tamim dengan pakaian tipis, kemudian beliau berkata,

إن كنتن مؤمنات فليس هذا بلباس المؤمنات وإن كنتن غير مؤمنات فتمتعينه

“Jika kalian wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahwa ini bukanlah pakaian wanita-wanita beriman, dan jika kalian bukan wanita beriman, maka silahkan nikmati pakaian itu.”

Betapa pun Allah ketika menetapkan hijab yang sempurna bagi kaum wanita, itu adalah sebuah penjagaan tersendiri dari Allah kepada kita—kaum wanita—terhadap mahkota yang ada pada diri kita. Namun kenapa ketika Allah sendiri telah memberikan perlindungan kepada kita, justeru kita sendiri yang berlepas diri dari penjagaan itu sehingga mahkota kemuliaan kita pun hilang di telan zaman?

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar Rahman: 13)

Wahai, muslimah…

Peliharalah rasa malu itu pada diri kita, sebagai sebaik-baik perhiasan kita sebagai wanita yang mulia dan dimuliakan. Sungguh, rasa malu itu lebih berharga jika kau bandingkan dengan mahkota yang terbuat dari emas permata, namun untuk mendapatkan (mahkota emas permata itu), kau harus mendedahkan dirimu di depan public.

Wahai saudariku muslimah…

Kembalilah ke jalan Rabb-mu dengan sepenuh kemuliaan…

wallahualam
Back to top Go down
Sponsored content





Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty
PostSubject: Re: Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS   Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS Empty

Back to top Go down
 
Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: MASALAH SEMASA DAN GLOBAL-
Jump to: