NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu?

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Hafiz Hafifi
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
Hafiz Hafifi


Posts : 73
Join date : 18/11/2010
Age : 30
Location : jerantut

Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? Empty
PostSubject: Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu?   Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptySun 21 Nov - 3:16


Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,

"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon"



Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:

-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?

Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kami ingin fokus kepada dua peristiwa ini,Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke Atas Gaza.Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.Hadis Rasullullah s.a.w:
"Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak(qafizh) makanan atau sebuah dirham.Kami(sahabat) bertanya,"Siapakah yang melakukan itu ya Rasullullah ? Baginda menjawab "Orang-orang ajam(non arab)".Kemudian baginda berkata : "Hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam(Palestin, Syria ,Lebanon,Jordan dan sekitarnya) kemudian sahabat bertanya "siapa yang melakukan itu ya Rasulullah ? " orang orang RUM (Amerika-Eropah)"

Sesungguhnya ini adalah hadis yang amat menakjubkan yang benar-benar menjelaskan urutan situasi sekarang menjurus kepada peristiwa Armageddon.Ketika artikel ini ditulis,Israel telah berjaya melobi Amerika dan sekutu Eropahnya supaya menutup laluan penyeludup bawah tanah di mana melalui laluan tersebutlah orang-orang Palestin bergantung harap bantuan makanan dan keperluan lain.Satu berita yang menggemparkan dari Gaza ialah,ada penduduk sebuah kawasan di sana telah mula mengutip rumput-rumput di tepi-tepi jalan sebagai sumber makanan.

Dalam istilah moden sekarang,hadis Nabi di atas menerangkan tentang SEKATAN EKONOMI kepada Iraq dan Palestin (Gaza).

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.

Pedulikan golongan antihadis yang sengaja mengelirukan diri sendiri dengan hujah "Dalam AlQuran tak sebut pun?".Bagaimanakah golongan ini boleh menunaikan solat dengan betul jika menolak hadis sebab AlQuran tidak menjelaskan kaedah solat,bacaan dan lain-lain.Hadis sahaja yang mengandungi semua itu.Menolak hadis nabi bermakna menolak Rasullullah.Jika sudah menolak Rasullullah jangan harap hendak mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak,babi,zina,rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?Mengapa mereka bertindak sebaliknya?Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya).Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan.Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu.Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan.Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka:

"Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden,bergaya,status,'high class' dan 'cool'.Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi.Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.

Amat malang golongan ini.Sama ada mereka menjadi hamba Dajal,di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan.Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.Kepada golongan antihadis,bacalah hadis nabi.Fahamilah sabdanya.Siapalah anda hendak mempertikaikan kata-kata Sang Kekasih Tuhan?

INGAT!ALQURAN DAN HADIS TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.TOLAK ALQURAN=KOSONG.TOLAK HADIS=KOSONG.Anda mesti ambil kedua-duanya.
Back to top Go down
asri yussof
AKTIF
AKTIF
asri yussof


Posts : 39
Join date : 26/11/2010
Age : 29
Location : Pasir mas kelantan

Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? Empty
PostSubject: Re: Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu?   Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyMon 29 Nov - 18:07

assalamualaikum...
bagi pendapat ana perang armegedon bkn mcm filem hollywood tu...mgkin lebih dasyat dr e2....sekarang dpt bnyak info kite thu pasal armagedon kerana bnyak novel2 yg dijual berkaitan armagedon....
ada org kate armagedon nie suatu perang
ada juga mengatakan armagedon ni suatu bencana alam seperti gempa bumi,tsunami mcm tu lah...

tapi bagi ana armagedon tu ada kaitan dengan perang dan bencana alam.....
sy mahu mencadangkan agar kita cube membeli buu ARMAGEDON 2012 yg dikeluarkakn oleh
muhamad zulkarnain sebagai nama samaran penulis buku....
banyak benda yg benar tentang buku e2,,,harganya cuma RM36.50..jadi kita sebagai da'ie patut tahu tahu tengtang hal inilah.....
semua sumber dr buku ini banyak dr sumber yg benar....

kurangkan percaya dengan filem hollywood yg sedang meracuni fikiran anak muda masa kini...
kalau kita lihat filem holywood bnyak unsur kristian,freemason dan bnyak lagi bagi memeningkan otak kita......

jazaka Allahu khairankhasira
Back to top Go down
Hafiz Hafifi
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
Hafiz Hafifi


Posts : 73
Join date : 18/11/2010
Age : 30
Location : jerantut

Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? Empty
PostSubject: Re: Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu?   Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? EmptyMon 6 Dec - 1:52

hmm...bg bible ia disebut armageddon
bg umat islam pula disebut harmajiddun....

sama tetapi berbeza.dua2 agama mggambarkan bhwa ia adlh peperangan yg mmbawa impak besar.pd peprangan harmajiddun akan terjadinya peperangan dua keluarga.iaitu keluarga yg dihubungkan dgn prtalian darah dan satu lagi keluarga yg brlandaskan agama(islam)....
Back to top Go down
Sponsored content





Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? Empty
PostSubject: Re: Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu?   Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu? Empty

Back to top Go down
 
Perang armageddon?Adkah seprti filem holywood tu?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» fenomena perang pemikiran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: PERBINCANGAN UMUM-
Jump to: