Assalamualaikum...
Semoga sahabat2 sekalian sihat dan berada dalam rahmatNya.
Tujuan ana menulis post ini ialah untuk berkongsi pengalaman tentang NKI kali KE-2 di SMKA Durian Guling, Marang, Terengganu bertemakan AKIDAH KUKUH KEPEMIMPINAN TEGUH..
Alhamdulillah ana diberi peluang untuk menyerta nadwah buat kali ke-2 selepas nadwah pertama di SMKA Maahad Hamidiah Kajang semasa ting.3..Tapi itu bukanlah persoalan yang ana nak kupaskan...
Alhamdulillah NKI kali ke-2 berjaya dijalankan.Semua aktiviti tahun ini disusun dengan rapi supaya para pemimpin dapat mengambil sebanyak mungkin input untuk dibawa pulang ke sekolah masing2.Menurut pandangan ana,LDK pada tahun ini lebih banyak diadakan.Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada para pemimpin untuk berkongsi idea...Antara topik menarik yang dibincangkan ialah CARA MENGIMARAHKAN MASJID...Sesuai dengan lawatan para peserta NKI ke Taman Tamadun Islam...Apa yang ana dapat lihat ialah semua pemimpin mempunyai idea2 yang bernas...Semoga ini menjadi tanda kepada kesungguhan untuk sama2 menegakkan Islam semula...
Insya-Allah. Ana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia,terutama warga SMKA Durian Guling...
Pengalaman ana buat kali ke2 menyertai nadwah bukanlah untuk diwar-warkan,tetapi semoga ana dapat memberi manfaat dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi kepada sahabat2 yang lain..
Semoga dengan kewujudan laman sesawang ini,para peserta NKI dapat terus bernadwah dan berinteraksi demi kebaikan ummah...Diharapkan para peserta NKI pertama dapat mengajak sahabat2 yang menyertai NKI pada tahun ini untuk menyertai laman sesawang ini...Syukran Jazilan..
SALAM MUJAHADAH...