NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Ammar_SmkaB
PERMULAAN
PERMULAAN
Ammar_SmkaB


Posts : 5
Join date : 18/11/2010
Age : 29
Location : Kedah

KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! Empty
PostSubject: KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!   KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptyThu 18 Nov - 23:03

Kepimpinan Dalam Islam

Saudara-saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Dalam hubungan kita beriman dan bertakwa kepada Allah Swt, seperkara yang perlu kita ingat, bahawa kita sebagai insan atau makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah, memikul dua amanah yang penting ;

Pertama : Amanah sebagai hamba Allah, yang dituntut supaya mengabdikan diri kepadaNya.

Kedua : Amanah sebagai khalifah di muka bumi, yang di beri peranan untuk membangun insan dan alam, berpandu kepada syariat Allah Swt dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk di nikmati bersama.

Betapa pentingnya dua amanah ini, sehingga kita sentiasa diperingatkan oleh Allah Swt pada setiap kali kita mendirikan solat, samada solat fardhu mahupun solat sunat. Tugas sebagai hamba diperingatkan melalui pengucapan takbiratul ihram pada permulaan solat dan "takbiratul intikal" yang berulang-ulang kali iaitu pada setiap kali berpindah dari satu rukun "fiqli" kepada satu rukun "fiqli" yang lain.

Kalimah takbir iaitu "Allahuakbar" mengingatkan bahawa Allah maha besar,maka kepada ialah kita harus beribadah,kita rukuk dan sujud,kita tunduk mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya,di mana sahaja kita berada dan dalam apa jua suasana sekalipun.

Kemudian,pada penyudah solat, kita mengucapkan "salam" ke kanan dan ke kiri,ini ialah sebagai satu doa dan simbol,serta mesej atau peringatan mengenai tugas kita sebagai khalifah Allah, yakni kita perlu menterjemahkan syariat Allah dalam setiap aktiviti kehidupan kita,sehingga akan jelas kelihatan betapa kasih sayang Allah kepada semua makhluknya di muka bumi ini.Jelasnya apabila syariat Allah itu dihayati secara menyeluruh, meliputi aspek ibadat dan muamalat, aspek duniawi dan ukhrawi, maka insyallah akan wujud keamanan dan kemakmuran serta keharmonian di muka bumi ini.

Ikhwanil muslimin rahimakumullah,

Peranan seseorang pemimpin itu, pada pokoknya ada tiga ;

1- Hendaklah berusaha bagi mewujudkan suasana aman dan damai.

2- Berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mewujudkan kemakmuran atau keluasan rezeki dan penghidupan.

3- Berusaha bagi melahirkan manusia-manusia yang baik dan berakhlak mulia.

Inilah juga tugas pokok yang perlu mainkan oleh "bapa" sebagai pemimpin dalam sebuah keluarga, iaitu mewujudkan rumahtangga bahagia, aman dan harmoni, ekonomi keluarga yang kukuh dan stabil serta anggota keluarga, yakni isteri dan anak-anak yang baik-baik belaka.

Kemudian, impian dan hasrat bagi pemimpin sesebuah negara pula ialah wujudnya suasana aman dan makmur, hilang rasa takut dan cemas bagi setiap penduduknya, dan rakyat dalam keadaan sihat jasmani dan rohani serta mempunyai akhlak dan kesopanan yang baik lagi terpuji.

Dengan penjelasan demikian, maka sesungguhnya peranan dan tanggungjawab seseorang pemimpin itu adalah amat besar, dan di rasakan amat berat. Oleh itu kita sebagai pemimpin, samada pemimpin terhadap diri dan keluarga, apatah lagi jika kita memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan kita, meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas, sesudah beriman kepada Allah dan Rasul.

Kita sebagai pemimpin, hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi, di samping itu kita hendaklah sentiasa bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah, dengan harapan semoga Allah memberi pertolongan dan kemudahan dalam mencapai matlamat kepimpinan yang di sebut tadi. Ingatlah!, jika kita tidak mendapat pertolongan Allah, pasti kita akan gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas, sebagaimana madah seorang penyair sufi :


Bermaksud : " Kalaulah tidak ada pertolongan Allah kepada seseorang pemuda, maka faktor pertama yang merosakkan dirinya ialah usaha dan kesungguhannya sendiri. "

Kita sebagai pemimpin yang beriman kepada Allah, maka kita hendaklah menjadikan Rasullullah Saw sebagai contoh ikutan kita, kerana Baginda Saw benar-benar mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul, seperti berilmu dan bertakwa, amanah dan bertanggungjawab, adil dan tegas, dalam pada itu sentiasa bertimbangrasa, mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri, hidup amat sederhana dan tidak bermewah-mewah, mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang-orang bawahan dan sifat-sifat terpuji yang lainnya, hingga menjadikan diri Baginda Rasulullah Saw dikasihi oleh Allah dan para umatnya, malahan Baginda juga dihormati dan disegani oleh musuh-musuhnya.

Memang tidak dapat dinafikan,bahawa Rasulullah Saw adalah seorang yang benar-benar berwibawa, melayakkan diri Baginda Saw sebagai pemimpin umat yang berjaya, pemimpin rumahtangga yang penyayang, imam di masjid yang disenangi oleh para jemaahnya, sebagai guru atau pendidik yang tidak mengenal putus asa, malahan sebagai ketua atau panglima di medan perang yang gagah berani dan sebagainya.

Antara kewibawaan Rasulullah Saw ialah sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Tarmizi dan Ibnu Majjah daripada Anas R.a :


Bermaksud : "Junjungan Nabi Saw itu adalah sebaik-baik manusia, Baginda paling dermawan dan paling berani (dalam menegakkan yang hak). "

Rasulullah Saw seorang yang paling berani, ini jelas terbukti dengan liku-liku sejarah hidup Baginda Saw yang penuh dengan cabaran dan tentangan daripada kafir Quraisy, sehingga ke peringkat dipulau dan ada pakatan hendak membunuhnya, namun Baginda Saw tetap dengan pendiriannya dan penuh amanah dalam usaha menyebar dan meninggikan kalimah Allah.

Kemudian sesudah Baginda Saw mempunyai pengikut yang ramai iaitu selepas berhijrah ke Madinah dan diizinkan oleh Allah Swt untuk berperang demi mempertahankan maruah Islam dan umatnya, Rasulullah Saw turut sama berperang dan Baginda berperanan sebagai panglimanya dalam 27 daripada 74 peperangan yang berlaku dalam masa hayat baginda Saw.

Sidang jemaah yang dikasihi,

Demikianlah tadi sepintas lalu mengenai kepimpinan Rasulullah Saw untuk menjadi renungan dan iktibar bagi kita bersama, betapa Rasulullah Saw sebagai pemimpin dalam sebuah keluarga dan seterusnya memimpin umat amat prihatin sekali, dengan amanah yang dibebankan di atas bahu Baginda Saw.

Dan betapa pula kita pada hari ini sebagai pemimpin terhadap diri sendiri, pemimpin sebuah keluarga dalam sebuah institusi, malahan mungkin ada di antara kita yang menjadi pemimpin lebih besar lagi daripada yang di sebutkan tadi. Sudahkah kita benar-benar prihatin dengan kepimpinan kita?. Adakah kita akan sentiasa takut kepada Allah bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapannya, akan diadili di mahkamah rabbi al-jalil pada hari kiamat kelak mengenai kepimpinan kita di dunia ini.

Oleh itu, janganlah kiranya masalah kepimpinan di pandang ringan. Janganlah sekali-kali ada di antara kita terlalu ghairah untuk menjadi pemimpin, dan janganlah ada di antara kita yang menganggap kepimpinan itu mengundang " tasyrif" yakni untuk dimuliakan, diagungkan dan disanjung-sanjung, dengan kepimpinan juga di anggap mengundang kekayaan serta kemewahan hidup.

Perlu disedari dengan mendalam, bahawa kepimpinan bukanlah "tasyrif", tetapi ia adalah "taklif" atau bebanan yang bakal di persoalkan di mahkamah rabbi al-jalil di akhirat kelak. Kepimpinan juga menuntut kepada kita supaya sedia berkorban atau terkorban dan sedia menempuh pelbagai kesulitan dan cabaran.

Marilah sama-sama kita mengingati pesanan Rasulullah Saw dalam hadisnya yang mahsyur bermaksud :

" Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang khadam atau pembantu rumah adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya
. "

dipetik daripada-http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=901

waallahua'lam
Back to top Go down
Muhammad Amin
BIASA
BIASA
Muhammad Amin


Posts : 18
Join date : 01/12/2010
Age : 29
Location : kelantan

KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! Empty
PostSubject: KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!   KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptySat 11 Dec - 22:34

Syukran wahai sahabatku krana membrikn peringatn yg brguna.....
Back to top Go down
raihana binti arba'in
PERMULAAN
PERMULAAN



Posts : 5
Join date : 30/04/2011
Age : 28
Location : johor

KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! Empty
PostSubject: Re: KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!   KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! EmptySat 30 Apr - 18:36

syukran atas tazkirah ini, sangat berguna bagi ana,insyaAllah.... Smile
Back to top Go down
Sponsored content





KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! Empty
PostSubject: Re: KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!   KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!! Empty

Back to top Go down
 
KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 9 Jenis Wanita Yang Ada Di Dalam Neraka
» Mengapa Saya Sayang Islam??
» PENGENALAN:TOKOH KEPIMPINAN
» ISLAM BERSIFAT TERBUKA
» Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: TAZKIRAH-
Jump to: