ahmad amin idris SANGAT AKTIF
Posts : 97 Join date : 18/11/2010 Age : 29 Location : Kuala Lipis
| Subject: Kemuliaan Wanita Sun 5 Jun - 14:29 | |
| Hebatnya muslimat itu kerana tangan kanannya menghayun buaian, tangan kirinya menggoncang dunia.Itulah peranan wanita solehah dalam Islam. Walaupun dirinya berada didalam rumah melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah namun dirinya yang lemah dan lembut mampu menggoncang dunia.Bagaimana?Itulah kekuatan wanita solehah yang terpasung.Wanita solehah merupakan sumber kekuatan dan ketaqwaan bagi para suami.Dengannya di sisi, lelaki mampu menjadi manusia hebat dan tidak akan hebat lelaki tanpa wanita.Buktinya?Ketika Khadijah binti Khuwailid menghadapi sakaratul maut, beliau telah berpesan kepada suaminya yang tercinta,Nabi Muhammad S.A.W untuk menggunakan jasad dan tulangnya sebagai benteng bagi menghadap imusuh-musuh Islam Nah, itulah pengorbanan dan kekuatan Khadijah binti Khuwailid.Kehebatan wanita juga pernah dibuktikan dalam madah seorang cendekiawan… ‘Berdirinya seorang lelaki, Belakangnya wanita , Jatuhnya seorang lelaki, Juga, belakangnya wanita’Itulah baik dan buruk wanita.Jika dipandu dengan iman dan Islam, itulah sebaik-baik wanita.Nabipernah bersabda ‘isteri yang solehah jika kamu melihatnya, kamu akan gembira’.Lagi kehebatan wanita solehah.Jadi, banat sekalian, apalagi kehebatan yang didambakan?Apalagi keistimewaan yang diimpikan sedangkan Allah telah menaikkan darjat wanita sewaktu Islam menyinari alam.Jadilah wanita solehah, itulah yang terbaik… Pada hari ini, tidakku temu wanita seteguh Sumayyah, Mempertahan kesucian tauhid, Tidakku temu isteri setabah Asiah, Sabar disamping si laknatullah, Tidakku temu hebatnya Khadijah, Tulang dan jasad dipertaruh… Itulah..wanita solehah ~mohon teguran jika tersalah dan tersilap~ | |
|