NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Hafiz Hafifi
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
Hafiz Hafifi


Posts : 73
Join date : 18/11/2010
Age : 30
Location : jerantut

Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah Empty
PostSubject: Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah   Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyFri 19 Nov - 11:48

Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah
Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.



KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W
KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu. Very Happy
Back to top Go down
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah Empty
PostSubject: Re: Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah   Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyFri 19 Nov - 23:02

Subhanallah....semoga kita benar2 berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah..Insya-Allah..
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
Hafiz Hafifi
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF
Hafiz Hafifi


Posts : 73
Join date : 18/11/2010
Age : 30
Location : jerantut

Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah Empty
PostSubject: Re: Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah   Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah EmptyFri 19 Nov - 23:07

sama2 lah kita sebarkannya....agar smua umat islam kembali berpaksikan dua snjata ini
Back to top Go down
Sponsored content





Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah Empty
PostSubject: Re: Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah   Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah Empty

Back to top Go down
 
Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasullullah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KEPIMPINAN DALAM ISLAM!!!!!
» 9 Jenis Wanita Yang Ada Di Dalam Neraka
» sejauh mana hiburan dalam islam?
» Maksud Tersembunyi Dalam Lambang Illuminati/Freemason
» Menggapai Redha Ilahi dalam Cita-cita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: TAZKIRAH-
Jump to: