NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Tue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Tue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Tue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Thu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Fri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Wed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Mon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Fri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Thu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Fri 19 Nov - 22:48
Social bookmarking
Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Share | 
 

 KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
asri yussof
AKTIF
AKTIF


Posts : 39
Join date : 26/11/2010
Age : 22
Location : Pasir mas kelantan

PostSubject: KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH   Mon 27 Dec - 17:16

Kenyataan Rasmi Badan Bertindak Bekas Pelajar
oleh Falahians Bantah pada pada 22hb Disember 2010 pukul 7.51 pagi

KENYATAAN RASMI

MEMBANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH



Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kelulusan kemasukan pelajar perempuan bagi tingkatan satu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah bermula sesi 2011. Kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil rasa TANGGUNG JAWAB dan CAKNA kepada sebuah institusi pengajian yang telah menabur bakti semenjak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978. Sejajar dengan itu, Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH) dengan ini menyatakan 7 sebab keputusan memasukkan pelajar perempuan ke SMKA Falahiah ADALAH SILAP dan TIDAK RELEVEN.



1) Menyempitkan peluang pelajar lelaki ke sekolah agama berasrama khususnya dan universiti amnya.



Di Kelantan terdapat 6 buah SMK Agama, 4 daripadanya disediakan untuk kedua-dua jenis gender dan 2 buah lagi untuk gender yang berbeza. Bagi ke empat-empat SMKA tersebut jumlah posisi pelajar di dominasi oleh golongan perempuan. Situasi ini sudah jelas menunjukkan keadaan 5-1 bagi peluang pelajar lelaki. Pastinya hasrat SMKA Falahiah memasukkan pelajar perempuan adalah tindakan untuk terus menafikan peluang lebih ramai lelaki lagi ke SMK Agama khususnya dan universiti amnya.



2) Keputusan yang mengesampingkan pandangan majoriti guru-guru di SMKA Falahiah.



Keputusan ini juga dilihat bertentangan dengan hasrat majoriti guru-guru yang mengajar di SMKA Falahiah hari ini dan bekas guru-guru. Kebanyakan dari mereka hanya mampu melahirkan protes secara diam. Ini kerana pandangan mereka telah dikesampingkan dalam isu ini dan beberapa perkara sebelum ini. Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah.



Jelasnya situasi ini mengundang masalah serius kepada proses PnP pada masa akan datang. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pengurusan SMKA Falahiah.



3) Keputusan memasukkan pelajar perempuan dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu utama pengurusan sekolah.



Keputusan besar ini juga dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu penting dalam pengurusan sekolah. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan tentang keseriusan pihak sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan. Atau ia hanyalah kemahuan individu tertentu sahaja dalam pengurusan sekolah.



Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.



4) Keputusan yang dibuat adalah tanpa persediaan yang rapi dan teratur khususnya infrastruktur .



Adalah suatu yang menghairankan apabila keputusan seperti ini di buat. Ini kerana berdasarkan pemerhatian secara umumnya beberapa keperluan asas untuk pelajar lelaki sahaja tidak mampu dipenuhi oleh pihak sekolah contohnya padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan. Tiba-tiba, hari ini pihak sekolah membuat keputusan untuk memasukkan pelajar perempuan. Bagai mana agaknya cara hidup yang akan ditempuhi pelajar perempuan nanti. Wajarkah mereka untuk berkongsi padang, dewan makan, kelas dalam keadaan bersesak-sesak ?



5) Keputusan besar ini dibuat tanpa perbincangan dengan jawatankuasa PIBG.



Pada satu sudut lain, perubahan besar seperti ini membelakangkan jawatankuasa PIBG sekolah. Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja. Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif.



6) Keputusan kemasukan atas faktor kejatuhan prestasi akademik adalah satu tindakan tanpa kajian terperinci.



Satu perkara yang melucukan ialah cara berfikir yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah apabila menjadikan faktor kejatuhan prestasi akademik sebagai faktor utama kemasukan pelajar perempuan. Pada pandangan kami sikap ini cuba menjadikan pendidikan sebagai tikus putih tanpa kajian terperinci.



Di samping itu, pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.



Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah.







7) Kemasukan pelajar perempuan mengikis identiti dan jati diri sejarah SMKA Falahiah sendiri.



Dalam sejarah Malaysia, persoalan identiti dan jatidiri bagi sebuah institusi pengajian yang ternama adalah suatu perkara besar dan penting. Di mana pelajar serta bekas pelajar mereka sentiasa berbangga dengan identiti serta jatidiri yang ada pada mereka. Seringkali keunikan inilah yang menjadi tanda aras bagi sebuah institusi pengajian. Contohnya Universiti Malaya sering berbangga dengan keunikan mereka sebagai universiti tertua, universiti perdana dan sebagainya. Inilah nilai dan roh kepada sebuah institusi pengajian. Sewajarnya SMKA Falahiah juga mempunyai sikap dan paradigma seperti ini.



Berasaskan 7 sebab yang dikemukan ini, pihak kami mengharapkan pihak berwajib dan masyarakat menggesa pihak pengurusan SMKA Falahiah menarik balik keputusan memasukkan pelajar perempuan. Seterusnya membuat kajian dan perancangan yang teliti dan tepat untuk memacu SMKA Falahiah ke persada yang lebih tinggi.











Dipetik dari


page / group facebook
Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH)
Back to top Go down
View user profile
asri yussof
AKTIF
AKTIF


Posts : 39
Join date : 26/11/2010
Age : 22
Location : Pasir mas kelantan

PostSubject: Re: KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH   Mon 27 Dec - 17:17

inilah akhir zaman...antara ideologi yahudi...menyatukan perempuan dan lelaki agar sosial yg tidak elok berlaku....

AKU/SAYA BANTAH KEMASUKAN PEREMPUAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Back to top Go down
View user profile
Hafiz Hafifi
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF


Posts : 73
Join date : 18/11/2010
Age : 22
Location : jerantut

PostSubject: Re: KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH   Thu 30 Dec - 16:17

terdapat pro dan kontra dalam kes ni.........
hmm.......

_________________
Back to top Go down
View user profile
ahmad amin idris
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF


Posts : 97
Join date : 18/11/2010
Age : 22
Location : Kuala Lipis

PostSubject: Re: KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH   Thu 30 Dec - 22:34

hakikatnya....kamu di dalam lebih memahami berbanding kami di luar..maka, buatlah keputusan yang terbaik...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH   Today at 5:10

Back to top Go down
 
KAMI BANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: MASALAH SEMASA DAN GLOBAL-
Jump to: