NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 Aurat daripada Perspektif Fizik

Go down 
5 posters
AuthorMessage
myra dyla
AKTIF
AKTIF
myra dyla


Posts : 42
Join date : 20/11/2010
Age : 29
Location : Kuala Perlis

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyMon 13 Dec - 12:28

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.


Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.


Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah
Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian
Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.
Back to top Go down
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyMon 13 Dec - 13:11

Satu pengajaran yang menarik....syukran kerana bekongsi..
Semoga kita boleh menyampaikan dakwah dalam semua aspek tidak kiralah daripada ilmu duniawi atau ukhrawi..
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
myra dyla
AKTIF
AKTIF
myra dyla


Posts : 42
Join date : 20/11/2010
Age : 29
Location : Kuala Perlis

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyMon 13 Dec - 13:57

afwan..... Cool
Back to top Go down
faiQ Aiman
PERMULAAN
PERMULAAN
faiQ Aiman


Posts : 6
Join date : 08/12/2010
Age : 29
Location : Seremban

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyTue 14 Dec - 18:36

fakta yg menarik dan kreatif..
semoga kita mendapat sesuatu drpdnya~
Back to top Go down
http://khalifahbumituhan.blogspot.com/
islam_devotees

islam_devotees


Posts : 4
Join date : 13/12/2010
Age : 29
Location : Marang, Terengganu

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyWed 15 Dec - 11:54

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
Theres hundred of hikmah in ALLAH's creature... Very Happy
Back to top Go down
Muslimah Solehah
BIASA
BIASA



Posts : 10
Join date : 12/12/2010
Age : 29

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyWed 15 Dec - 22:46

Salam..nice article.. ana setuju.. manusia x perlu persoalkn hukum yg telh d tetpkn oleh Allah krn Allah tau ap yg terbaik untk hmba-hmbaNya..
Back to top Go down
myra dyla
AKTIF
AKTIF
myra dyla


Posts : 42
Join date : 20/11/2010
Age : 29
Location : Kuala Perlis

Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik EmptyThu 16 Dec - 1:56

drpd article ni..apa yg dpt ana kaitkan dgn kehidupan kita..kebanyakan dr kita semua sama seperti wanita B..dr sefi fizikal..kita sntiasa mnutup aurat..tp mentality kita sntiasa brubah ubah...kadang2 kita dpt mgawal prckapan kita dgn org laen..kadang2 trlepas cakap yg mgkin boleh myebabkan org trsinggung..... Smile
Back to top Go down
Sponsored content





Aurat daripada Perspektif Fizik Empty
PostSubject: Re: Aurat daripada Perspektif Fizik   Aurat daripada Perspektif Fizik Empty

Back to top Go down
 
Aurat daripada Perspektif Fizik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Suara itu AURAT???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: PERBINCANGAN UMUM-
Jump to: