NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam
NKI SMKA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyTue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyTue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyTue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyThu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyFri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyWed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyMon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyFri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyThu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 22 on Mon 8 Jun - 17:03
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

 

 ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU

Go down 
2 posters
AuthorMessage
asri yussof
AKTIF
AKTIF
asri yussof


Posts : 39
Join date : 26/11/2010
Age : 29
Location : Pasir mas kelantan

ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU Empty
PostSubject: ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU   ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyMon 13 Dec - 8:06

Almutasaqqitun sebagai jalanku…..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh kepada para-para DA'IE sekalian dan salam sejahtera saya ucapkan,,,jadi seperti biasa pertama dan selamanya bersamalah kita mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi member kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam,,,jika tanpa dua nikmat ini kemungkinan besar al-Quran bukan lagi menjadi kitab kita dan Rasulullah saw bukan lagi sebagai idola kita,,,,seterusnya selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw di atas jasa besar baginda menyebarkan Islam yang syumul ini dan sampai kepada kita yang juga dikenali sebagai umat Fasa ke-4 dan Generasi Y yang semakin menghampiri pengiktirafan sebagai Generasi Z,,,,
Namun begitu, itu bukanlah sesuatu yang menjadi tajuk perbincangan kita pada kali ini kerana insyaallah pada kali ini kita akan merenung beberapa kisah mengenai sebahagian daripada para Da’ie yang memilih satu jalan yang salah sebagai jalan penyelesaian masalah mereka,,, mungkin ada beberapa golongan yang menganggap jalan yang mereka ambil itu sebagai jalan yang betul,,,namun sesungguhnya mata mereka telah pun dikaburi oleh syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan cucu cicit Adam walau dengan apa cara sekalipun,,,terimalah,,,
“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU”

SITUASI 1 DIRI SENDIRI
Ahmad menganggotai badan dakwah di sekolah yang dikenali sebagai Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDK)…dia dikenali sebagai seorang yang tidak mudah putus semangat dan sering berfungsi sebagai pemberi motivasi kepada sahabat-sahabatnya yang lain…dia juga tidak pernah ketinggalan untuk berqiamullail kerana dia berpegang bahawa pertolongan Allah swt terdapat dalam qiamullail… dia juga bertanggungjawab sebagai seorang naqib dan dia mempunyai 3 orang mad’u,,, namun malang bagi Ahmad kerana semua mad’u nya mempunyai masalah samada di asarma mahupun sekolah,,,sudah berbanyak kali nasihat diberi dan pengisian rohani yang diberikan kepada mad’u nya namun tiada satu pun yang berhasil,,,perkara ini menyebabkan diri Ahmad memberontak dan semakin tertekan,,, hinggalah pada suatu hari,,”woi Mad,,jom ikut aku lompat pagar beli burger, jom ar,” ajak rakannya. Aish aku kan seorang naqib takkan lah aku nak lompat pagar,,,”tak pe ar Ju, engko pergi lah sorang, aku tade mood lar,”,,,”la, teman aku jew,,takpe ar Mad, mentang2 lar aku ni bukan naqib,,blah ar kau,”,,,aduuuhh,, keluh Ahmad,,”ok ar,”,,”haa camtu ar kawan,” lepas daripada membeli burger mereka lepak di sebuah gerai kosong untuk menjamu selera,,,”Mad, aku tengok kau stress je ni,,meh pekena menda ni,” lalu Ju menghulurkan sebatang rokok pada Ahmad,,”kau biar betul Ju,” tapi dalam hati Aamad memang tidak dapat nafikan bahawa dia sememangnya tertekan dengan apa yang berlaku sekarang iaitu masalah berkaitan dengan mad’u nya,,,tanpa berfikiran panjang,,dia terus menyambut rokok itu dan menghembuskan makanan jin iaitu asap dari rokok tersebut. Maka disitulah bermula era pemusnahan dalam diri Ahmad yang bermula dari hisap rokok,,usrah telah dia tinggalakan, jawatan naqib semakin dilupakan, pelajaran semakin merudum dan akhirnya dia memilih,,,,,

“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU,,,,,,”

SITUASI 2 RAKAN SEPERJUANGAN
Mukhlis belajar di sebuah sekolah agama di Selangor, namun kehidupannya tak seindah namanya,,,dia juga memegang jawatan sebagai naqib di sekolahnya namun apabila diperhatikan sejarah dia ingin menjadi naqib apabila sebenarnya dia dipaksa oleh naqibnya untuk menerima tawaran sebagai naqib dan ini sedikit sebanyak membuatkannya tertekan,,,sepanjang memgang jawatan tersebut,,,Mukhlis amat dikenali sebagai yang paling tidak proaktif dalam jemaah di sekolahnya,,,pelajarannya juga tidak segah rakan-rakannya yang lain menyebabkan dia sering dihina dan diejek dalam kelas,,, malang bagi Mukhlis apabila Majlis Tertinggi dalam jemaah naqibnya juga tidak menghiraukan apa kasalah yang dihadapi Mukhlis dan apabila Mukhlis dihina dan diejek dalam kelas mereka hanyak bertindak mendiamkan diri,,, ibarat jatuh ditimpa tangga Mukhlis mendapat tahu bahawa prestasi buruk yang melandanya menjadi aib kepada jemaah naqib tersebut,,,ini menyebabkan Mukhlis semakin tertekan tambahan lagi tiada seorang pun bertindak member motivasi kepada dirinya dan dia mengambil keputusan untuk terus tidak mempedulikan jawatan yang dipegangnya,,,dia sudah penat kerana semua perkara manis yang diberitahu naqibnya dulu tidak pernah dirasainya malahn kepahitan pula semakin mendatang,,,dia kecewa dengan sikap pimpinan yang memimpin jemaah naqib mereka yang hanya tahu cakap saja dan naqib2 yang lain pula sama jer dengan yang bukan naqib,,isap rokok,,,couple,,,hipokrit,,,dan akhirnya dia memilih,,,,,

“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU,,,,,,”

SITUASI 3 CINTA
“kita perlulah jadi seorang naqib yang erkualiti dan kita jugalah yang merupakan pembangun semula khilafah islamiah yang hilang di Turki, kita bukanlah pemula dan kita bukanlah pengakhir, kita adalah rantai-rantai perjuangan,” begitulah lantangnya suara Sufi sebagai Ketua Naqib di sekolahnya. Dia amat bersemangat dan sering menjadi contoh kepada junior2 nya di sekolah… hinggalah pada suatu hari,,”Fi aku nak mntak tolong kau ni boleh tak,,,??” “insyaallah,,kalu boleh saya tolong”,,”ada seorang kawan aku,,perempuan,,tapi peranagi dia makin hari makin teruk,,,dan aku harap kau sorang je lah leh bentukkan dia balik,,”,,Sufi terkejut,,,kerana itu merupakan seorang perempuan,,muslimat,,,akhirnya syaitan mula memulakan tugasnya,,”apalah kau ni Sufi, dakwah tak kiralah pada lelaki ke perempuan, yang penting dia dapat mengubah akhlak dank au juga dapat membentuk seorang menjadi muslimah sejati,,” syaitan membisik,,,akhirnya”baiklah aku akan cuba member serba sedikit tarbiah kepada kawan kau itu’” setelah mengambil nombot telrfon perempun tersebut maka bermulalah “tarbiah” Sufi terhadap perempuan itu,,sedikit demi sedikit perempuan tersebut berubah dan malangnya Sufi semakin tidak menghiraukan jemaah dia dan jawatan di sebagai seorang Ketua Naqib dek kerana dipujuk syaitan untuk “mentarbiah” perempuan tersebut,,akhirnya Suif mendapat mesej dari perempuan itu,,” salam ya akh,saya amat berterima kasih di atas kesudian akh membaiki diri saya dan kepercayaan saya pada akh juga semakin tinggi, sebenarnya saya memandang akh lebih dari seorang kawan dan diharapkan perhubungan kita ini benar-benar menuju mardhatillah,,” akhirnya perhubungan mereka yang hanya lah sebagai sahabat maka terbentuklah bait-bait percintaan dari dalam diri mereka,,,maka setelah itu Sufi telah memilih,,,,

“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU,,,,,,”

Jadi, inilah serba sedikit kisah mengenai sang Da’ie yang kecundang,,namun apabila difikirkan balik semua ini adalah kesilapan Da’ie itu sendiri kerana tidak memanfaatkan peluang mereka sebagai seorang naqib untuk lebih mengabdikan diri pada Allah swt,,,insyaallah jika mereka yakin akan janji Allah swt,, mereka akan dibela daripada bisikan-bisikan syaitan yang durjana,,,wallahualam,,,

Back to top Go down
aina kamil
AKTIF
AKTIF
aina kamil


Posts : 50
Join date : 19/11/2010
Age : 29
Location : Kota Bharu,Kelantan

ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU Empty
PostSubject: Re: ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU   ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU EmptyMon 13 Dec - 9:09

* Yakin merupakan satu perkara yang merupakan krisis umat Islam pada zaman kini...Umat Islam zaman kini tidak yakin kpd Allah dan kpd apa2 yang datang dari Allah dan rasul..Keyakinan ini kurang di dalam hati umat islam pada hari ini.

* Jika umat Islam yakin kpd Allah...sudah tentu mereka tidak berani utk buat maksiat kerana dia merasakan dirinya sedang diperhatikan oleh Allah dan merasakan Allah sentiasa melihatnya.

* Orang yang yakin ,dia berasa dirinya kuat kerana Allah sentiasa bersamanya..seperti kisah Nabi Musa..ketika dia dikejar oleh tentera2 Firaun sehingga tiba di sebuah laut,.dia mendapati di depannya ada laut,dan dibelakangnya ada musuh,..namun atas keyakinannya kepada ALLAH AZA WAJALLA ,akhirnya dengan mukjizat yang diberikan oleh Allah,..akhirnya laut terbelah dua..allahuakbar,!
Back to top Go down
http://awannanobiru.blogspot.com
 
ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: PERMASALAHAN PIMPINAN-
Jump to: