NKI SMKA
Sila daftar untuk masuk ke laman ini.Anda bukan ahli web nki?Tidak mengapa,teruskan melayari..Namun seeloknya daftar(register) dahulu.Laman web ini terbuka kepada semua pelajar smka,tidak mengira apa jua status anda disekolah.Wallahuallam

NKI SMKA

Laman yang menyatukan semua pelajar smka seluruh Malaysia dalam membina satu keutuhan ukhwah yang membawa ke syurga.Insyaallah..
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
KALENDER
iluvislam
iluvislam
Latest topics
» Di mana hilangnya personaliti pelajar sekolah agama?
Tue 9 Oct - 18:51 by yusra

» krang kyakinan diri..
Tue 9 Oct - 18:46 by yusra

» impian
Tue 9 Oct - 18:39 by yusra

» Layakkah aku?? buangkan sahaja...
Thu 19 Jan - 23:31 by Diya Sena

» Syukran
Fri 6 Jan - 23:46 by uckiller

» Lagu Nadwah~
Wed 14 Dec - 19:46 by myra dyla

» NKI WALLPAPER 2
Mon 7 Nov - 23:43 by farah

» Legasi Kepimpinan
Fri 5 Aug - 23:26 by ahmad amin idris

» Ayuh Amilin
Thu 21 Jul - 11:06 by hUrUn aIn

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Fri 19 Nov - 22:48
Social bookmarking
Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of NKI SMKA on your social bookmarking website

Share | 
 

 dajal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
yusra
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF


Posts : 75
Join date : 01/12/2010
Age : 22
Location : kuantan

PostSubject: dajal   Thu 9 Dec - 23:41

kluarnye dajal adlh slh satu drp tanda2 bsr kiamat...... jadi ana ingin kongsikan ape yg ana tau mengenainya

Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?

Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.

Akhirnya, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-

semoga dgn perkongsian ini kite sama2 menambah amal utk memudahkan kita mengharungi alam yg seterusnya...


Back to top Go down
View user profile
ahmad amin idris
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF


Posts : 97
Join date : 18/11/2010
Age : 22
Location : Kuala Lipis

PostSubject: Re: dajal   Fri 10 Dec - 9:47

Assalamualaikum

Hari meniti hari, dalam keadaan tidak sedar, kita umat Nabi Muhammad telah mencapai zaman di mana zaman ini dipanggil zaman fahsya' dan munkar.

Zaman yang mana akan berlakunya kiamat besar dan penghancuran segala-galanya baik bumi, bulan, bintang, alam semesta hatta makhluk Allah malaikat sekalipun.

Tetapi, sahabat-sahabat, adakah kita bersedia untuk mengharungi zaman ini?Adakah kita pernah terfikir fitnah dajal yang semakin hari semakin dekat?Adakah iman di hati mantap untuk berhadapan dengan ujian sebesar ini?

Tetapi, seringkali kita alpa tentangnya.Kita mungkin tidak pernah berdoa kepada Allah untuk menjauhkan diri dari fitnah dajal.Kita seringkali leka dan terlupa dengan nikmat dunia hatta dalam kepimpinan sekalipun.

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Jadi, sahabatku, adakah kita semua memanfaatkan masa kita dengan mengisi sepenuhnya masa dengan perkara yang bermanfaat.Dan ingatlah sahabat, setiap perlakuan dan pekerjaan yang kita lakukan.Niatkanlah ia untuk Allah semata-mata.
Ikhlaskan diri semata-mata kerana Allah..Hanya Allah semata-mata.Hanya Allah.
AllahuRabbi..
Back to top Go down
View user profile
yusra
SANGAT AKTIF
SANGAT AKTIF


Posts : 75
Join date : 01/12/2010
Age : 22
Location : kuantan

PostSubject: Re: dajal   Fri 10 Dec - 11:12

Ayat dan Doa Perlindungan dari Fitnah Dajjal
1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindun gi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutka n, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayat kan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’
maksudnya : ‘Ya Allah, sesungguh nya aku berlindu g kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”


Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: dajal   Today at 22:29

Back to top Go down
 
dajal
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NKI SMKA :: TAZKIRAH-
Jump to: