Pengasas dan pemimpin gerakan Ikhwan Muslimin.
~ Apabila mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau dalam keadaan apa sekalipun.
~ Bacalah Al-Qur’an, tetapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah serta janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
~ Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah salah satu syiar Islam.
~ Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
~ Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang lagi tenteram.
~ Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
~ Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
~ Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
~ Berkenalanlah dengan setiap muslimin (muslimat) yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
~ Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Wallahu a’lam.
'Mantapkan Ukhwah,Perkasakan Ummah'